Friday, 27 December 2013

BUNGA CORSAGE / BUNGA DADA ...

Bunga Dada / Bunga Corsage

Untuk permulaan kita flashback bunga dada yg saya hasilkan untuk majlis anak buah..100pcs semuanya..almaklum keluarga besar..ada 2 jenis bunga yang saya buat..
Temanya Dark Purple + Light Blue

material : crepe paper
close-up


60 pcs corsage felt
" light blue + purple "

close-up

Memang berpeluh juga la...siapkan dlm masa 10 hari tuk 100 pcs corsage ni...tp Alhamdulillah bila da siap...puas hati...
Kepada yang berminat boleh email ke suria.inspiration@yahoo .com




Kini Kembali...

Salam Jumaat....Hari ini..Jumaat terakhir di tahun 2013..rasanya da lebih sebulan tak dapat update blog ni..pelbagai dugaan yang datang dalam tempoh ni...tapi Alhamdulillah saya dapat tempuhinya walaupun berliku..

Tak update blog..coz laptop rosak .. abis semua gambar-gambar hasil keje saya...bunga telur gubahan hantaran yang saya siapkan sebelum ini yang blm diupload di blog...hilang....
sayangynay tak dapat nak publish pada semua..tapi saya takkan putus asa saya terus buat dan terus usaha tanpa henti...

Kepada yang telah email bertanya..terima kasih saya ucapkan kerana sudi melayari blog saya yang separuh siap dikemaskini...insyaallah saya akan reply semua email tersebut sepantas mungkin..terima kasih sekali harap sabar menunggu....

Wednesday, 6 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435H

Salam maal hijrah 1435H kepada semua...

Rasanya belum terlambat kan nak wish kan..kan..hopefully bermulanya tahun baru maka bermula cerita baru dalam kehidupan seharian kita..Suria doakan semoga hari ini dan hari mendatang akan jadi lancar serta miga kini dilimpahi rahmat dan rezeki hendakNya....

Friday, 1 November 2013

DOORGIFT @ CENDERAHATI

SALAM NOVEMBER.....
hari ni nak share pic doorgift @ cenderahati yang sesuai tuk majlis-majlis seperti parti harijadi, majlis kahwin, atau tuk majlis seangkatan dengannya..juga boleh dijadikan keychain atau hp strap tuk kawan-kawan,orang tersayang..Jeling-jeling la sikit keychain-keychain ni...


macam-macam keychain ada..

jika ada yang berkenan dihati..boleh email pada saya...

Monday, 28 October 2013

BUNGA TANGAN@ hand bouquet

Salam..

Sekarang tengah siapkan handbouquet atau dikenali sebagai bunga tangan..sekarang amat popular..

Dulu bunga tangan ni hanya digunakan masa hari nak bersanding je..tp skrg..nak bertunang,bernikah akhirnya bersanding semua nak bunga tangan ni sebagai aksesori dan penyeri hari bersejarah...

So nntkan bunga tangan dari saya.... ( ^_^)

Thursday, 24 October 2013

Bunga Telur/Pahar Rose

N3 pagi32 ni adalah setaman mawar yang cantik sekali...warna pink lagi...yang untungnya..bunga talur/pahar ni...boleh dijadikan keychain or boleh digantung di handphone...jika ada yang berminat boleh email kepada saya...harga boleh runding :)














Monday, 21 October 2013

Bunga Pahar Teddy Bear

Bunga pahar teddy bear ni sgt cute kan....sesuai sangat tuk majlis kenduri kahwin dan aqiqah...nmpk childish kan ramai yang suka termasuk saya (hihihi)...post skt gmbr yg dapat di'snap'kan semasa kenduri aqiqah anak2 saya hari tu....



Bunga Pahar Teddy Bear

close-up






Sekiranya berminat untuk tempahan atau pertanyaan boleh hubungi saya...:)





Friday, 18 October 2013

FINALLY!!! IT'S SURIA INSPIRATION...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

HI..terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini...

salam perkenalan...saya suria merupakan surirumah sepenuh masa..juga seorang yang amat suka berkraf...kraf da lama berada dalam diri saya sejak dibangku sekolah lagi..setelah sekian lama akhirnya dapat merealisasikan impian saya mereka dan menghasilkan produk kraf saya sendiri...syukur..

Kepada anda yang suka dan berminat untuk menempah hasil seni kraf saya..silalah email kepada saya..

Saya juga amat menghargai dan mengalu-alukan sebarang pertanyaan,komen dan cadangan yang dapat membantu dalam penambahbaikan paparan di blog terutama sekali terhadap produk-produk saya..

Akhir sekali, dengan secara rasminya pada Jumaat di bulan Zulhijjah yang barakah ini SURIA INSPIRATION..dirasmikan..semoga perjalanan Suria Inspiration lancar dan maju di masa hadapan.. AMIN..